Sunday, April 17, 2011

LR Founders

Profile-Sejarah Radio LuahanRasa.FM

Assalamualaikum wr wbt, salam sejahtera buat anda yang sudi singgah di teratak buruk ibu ni, website ni terpaksa ibu buat semula, kesian yang lama tu habis hilang semua, tak cantek sangat macam website korang tapi boleh ler secukup rasa ibu sendiri. Di kenali dgn nama Dj Ibumisalli, waktu berdj mmg tak tentu kadang kala sebelah mlm dan petang, berdj pun suka2 je dah tak tetap seperti dulu.  Ibu berdj di radio online secara life di konti ibu, oklah yer cukup dgn celoteh ibu, terlupa pulak ni bukan radio tapi website haha.  Bagi yang masih belum kenali ibu, ni ibu kongsi serba sedikit ttg diri ibu.

Antara pertanyaan yang kerap di tanya pada ibu:
a. 'dah berapa lama ibu berdj?'
Ibu berdj sejak tahun 2000, selaku dj bebas secara sambilan, dan telah dj beberapa radio online di internet, dan biasanya ibu berdj dalam 2jam saja, berdj selagi di perlukan insyallah apa salahnya kan?
 * niat di hati hanyalah untuk - mempromosi kan lagu2 nasyid, pop balada dan reggee di samping berkongsi informasi dan kegiatan kebajikkan dgn harapan agar pendengar jugak dapat sama2 memanfaatkan segala aktivi yang di lakukan bersama dj2 serta artis2 yang terlibat dgn kegiatan yang di anjurkan.

Sedikit info dari pengalaman berdj :-

Mulalah tugas ibu sebagai dj adalah atas pelawaan dari dj 'wan' dari media muslim, dgn segala bimbingan dan sokongan ibu berdj hinggalah ke hari ni, ramai juga kenalan yang membantu ibu berdj pada ketika itu, antaranya Dj BBGirl, Dj Awie, Dj Fakri/Fungkur dan ramai lagi yang tak dapat ibu sebutkan, namun demikian rasa terima kasih dan rendah diri ibu ucapkan kepada kalian semua begitu juga dgn para pendengar yang kerap ikuti waktu ibu berdj tak kira di mana sahaja ibu berdj, terima kasih di atas kasih sayang dan sokongan anda semua.


Lama jugak ibu berdj ni, sampai naik pancit haha, namun kerana pendengar dan pengikut ibu di radio2 yang ibu kendalikan inilah salah satu semangat yang buat ibu masih berdj hingga sekarang, walaupun tak kerap sgt ibu berdj namun insyallah ada kelapangan dan masa insyallah ibu kan dj, ibu suka semua segment yang ibu kendalikan, seperti info2 terkini tentang nasyid dan projek2 amal, ibu adakan jugak segment merosakkan lagu :D haha betul, segment ni sekadar segment santai dan saja nak buat pendengar tersenyum, yerlah apa tak senyum bila dengar kami dj2 merosakkan lagu haha.. kesian korang yang kena masa tu, dan segment di rantauan, ibu kerap berhubung dengan pendengar yang ke banyakkan dari malaysia, brunei, indonesia dan singapura, ada tu dorang belajar di luar negeri, dan tak kurang yang bekerja di luar negara.

Paling ibu suka kalau malam raya, ibu suka call mereka dari singapura melalui skype dan buat interview secara 'LIVE on air Bersama ibumisali - Malam Raya' dorang memang suka sebab dapat kongsi lagu dan ucapan pada pendengar yang mengenali dorang, kesian dah ler jauh belajar dan kerja di rantauan sedih mlm raya tapi terubat kata mereka bila dapat tuju lagu live lagi, segment tu memang ibu suka sangat, gembira dapat kenalan baru, pendengar baru dan terharu bila dgr dorang kongsi ucapan yang aduhaiii sayu gitu.  Apa pun ibu suka segment2 yang lebih pada masyarakat, sekitaran dan segment kaunseling ibu :) tak ler pandai tapi suka jer nak kongsi, di samping membantu mereka yang mempunya masalah kemukakan soalan mereka secara live pada ibu dan ibu kongsikan apa ibu rasa secara live di radio.

Dalam masa yang sama ibu juga aktif dgn sabahat Hijjaz juga sibuk dgn projek KSH kalau tak silap setahun 3 kali di atakan projek ranjak betul masa tu, lagi pun ramai yang bantu jadi tak ada masalah untuk buat projek tu walaupun ibu di singapore, Hijjaz mmg ramai penyokongnya tiap kali projek mmg bestlah ramai yang hadir, tanpa sokongan dorang pun tak bleh menjadi projek ksh tu,

Apa pun dalam semua tugasan ibu, tugas sebagai sorang ibu dan isteri tak pernah ibu abaikan sebab pada ibu keluarga adalah segalanya baru di susuli dgn semua aktiviti2 ibu, ibu cuma harap segala usaha tu membuahkan satu hubungan yang sihat di samping dapat sama membantu tak kisahlah dgn cara apa sekali pun janji kita dapat manfaat dalam apa juga yang di usahakan.. ibarat benih yang di tanam.. akan tumbuh pohon yang akan memberikan hasil pada yang lain, kita doa bersama moga segala usaha yang di lakukan mendapat rahmat dan hidayah dari Allah insyallah.

Dan sebelum ibu undurkan diri, mungkin ada yang nak tanya, ibu ni sudah ada yang punya ke belum :D haha jangan macam2 korang eh,  kelakar ke apa huhuhu.. tergelak pulak bila ada budak2 muda ni msg ym nak berkenalan, dan kata ni muda, ibu ni dah tua, lagi 3tahun dah nak masuk 50 haha korang tak caya ke? betul anak pun dah 4 org semua dah besar pjng, dan cucu sedara lagi, tak caya cuba ler tanya mereka yang kenal ibu kan kan kannnn, jadi kalau ada yang nak kenal2 tu, kirim salam jerlah yer haha tapi terima kasih ler sebab sudi dgr ibu berdj,  Itulah serba sedikit pengalaman dan serba sedikit tentang diri ibu, kalau ada yang nak komen tu kasi ler komen elok-elok yer, insyallah ibu akan jwb secepat mungkin.  Terima kasih dan jangan serik untuk datang lagi yer.  wabillahitaufiq

No comments:

Post a Comment